Lelaki, wanita Filipina 'kantoi' sorok ganja dalam bungkusan kurier

Lelaki, wanita Filipina ‘kantoi’ sorok ganja dalam bungkusan kurier

SIK Choon Foo (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan ganja yang berjaya dirampas semasa sidang akhbar di IPD Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Taktik licik seorang lelaki dan seorang wanita warganegara Filipina menyorokkan dadah jenis ganja bernilai RM85,000 menggunakan kotak kurier terbongkar selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki mereka ditahan semasa pemeriksaan ‘snap check’ di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Tanah Putih di sini, semalam.

Lelaki warga tempatan berusia berusia 24 tahun yang memandu Perodua Axia dan penumpang wanita berusia 46 tahun itu diberkas pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 34 bungkusan ketulan mampat daun kering di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Menurutnya, ketulan daun yang dipercayai dadah jenis ganja seberat 34 kilogram itu dibungkus di dalam kotak syarikat kurier.

“Suspek lelaki itu cuba melawan anggota polis semasa ditahan, namun dia akhirnya ditahan.

“Setiap bungkusan ketulan ganja seberat satu kilogram itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dibawa ke Kuala Lumpur untuk dijual di pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang hari ini.

Choon Foo memberitahu, dadah tersebut dianggarkan dijual pada harga RM2,500 untuk satu kilogram dan ia boleh dijual kepada 34,000 orang penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

Katanya, polis percaya tangkapan suspek itu merupakan penghantaran kali kedua yang dilakukan oleh suspek.

“Ujian saringan air kencing mendapati, suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala wanita itu negatif dadah.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya