Lelaki terlantar sakit sejak sebulan naik helikopter ke hospital

Lelaki terlantar sakit sejak sebulan naik helikopter ke hospital

RASID Ramli terpaksa diusung untuk menaiki helikopter bagi mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/ IHSAN UNIT UDARA JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Asli yang terlantar sakit sejak sebulan lalu dari Pos Pasik di sini, dibawa menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang.

Rasid Ramli, 37, yang mengalami sesak nafas, sakit dada dan muntah serta bengkak di kedua belah kakinya terpaksa diusung untuk dibawa ke hospital.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pihaknya berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada pukul 10.55 pagi.

“Pesakit dilaporkan tidak boleh makan dan minum serta memerlukan pengusung untuk dipindahkan ke dalam pesawat kerana keadaannya yang lemah.

“Setibanya pesawat di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, pesakit dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans yang sudah bersedia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, operasi membabitkan lima anggota itu kemudiannya berlepas pulang ke pengkalan pada pukul 2.07 petang.

Katanya, operasi diketuai oleh Leftenan Kolonel Tengku Ahmad Shaiful Isnawi Tengku Muhamad dan dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Hafiz Sulaiman bersama tujuh lagi anggota.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya