Lelaki pukul, bakar anjing diburu - Utusan Malaysia

Lelaki pukul, bakar anjing diburu

TANGKAP layar rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki membakar seekor anjing liar di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang bertindak kejam dengan memukul dan membakar seekor anjing liar secara hidup-hidup sedang diburu pihak berkuasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian tersebut turut tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah klinik haiwan di sekitar Taman Impian Emas, Skudai di sini.

“Kita terima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 2.59 petang, Isnin lalu daripada orang awam.

“Pengadu memaklumkan kejadian seekor anjing dipukul dan dibakar hidup-hidup seorang lelaki dipercayai warga tempatan, dimana rakaman kejadian tular dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Fariz Ammar berkata, kes itu akan disiasat Jabatan Veterinar Johor di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, satu rakaman video berdurasi 8 minit 54 saat tular menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api dipercayai untuk membakar seekor anjing yang terhalang oleh dinding.

Lelaki berkenaan kemudiannya berlalu meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.

Video berkenaan menerima kecaman netizen, khususnya kaum Tionghoa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya