Lelaki cedera bot dilibas buaya banjir - Utusan Malaysia

Lelaki cedera bot dilibas buaya banjir

MAHAT MAYA (duduk) dibantu penduduk Kampung Orang Asli Pucur selepas bot dinaiki dilibas buaya di Sungai Bahai, Kahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang penduduk Kampung Orang Asli Pucur cedera selepas bot dinaiki dilibas dua ekor buaya di Sungai Bahai, Kahang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi semalam selepas Mahat Maya, 51, menghantar penduduk ke Jeti Kahang dan dalam perjalanan pulang semula ke kampung. 

Katanya, sampai di pertengahan sungai, mangsa memberhentikan bot apabila mendapati satu objek seperti ‘kayu buruk’ menghalang laluan sebelum berdiri untuk mengalihkan halangan itu. 

“Setelah mengamati, ‘kayu buruk’ itu sebenarnya seekor buaya dan mangsa cuba untuk mengalihkan bot, namun belum sempat, seekor lagi buaya yang berada di belakang melibas bahagian penutup enjin.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian rusuk kiri, manakala bahagian penutup enjin rosak,” katanya.

Menurut Bahrin, mangsa bernasib baik kerana terjatuh di dalam bot dinaikinya, manakala enjin dapat dihidupkan semula sebelum bergerak balik ke kampung. 

Mangsa telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Kahang oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

“Saya ingin berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di air atau sungai dan ini adalah kejadian pertama berlaku melibatkan buaya pada musim banjir di Kluang,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya