Lebih 2,000 jemaah solat tarawih di 'Masjidil Haram' Gua Musang

Lebih 2,000 jemaah solat tarawih di ‘Masjidil Haram’ Gua Musang

MUHAMAD Khirul Safarudin Zulkifli (kanan) melihat pekerja melakukan pembersihan lampu di Masjid Razaleigh, Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 2,000 jemaah dijangka hadir untuk menunaikan solat sunat tarawih bermula malam ini di Masjid Razaleigh di Bandar Lama di sini yang mirip Masjidil Haram di Mekah.

Imam Mudanya, Muhamad Khirul Safarudin Zulkifli berkata, bagi memberikan keselesaan kepada para jemaah petugas kini ligat melakukan persiapan dengan membersihkan ruangan dalam dan luar masjid untuk menerima kedatangan jemaah.

“Kami mempunyai 14 orang pekerja pembersihan, tujuh orang sukarelawan dan tujuh kakitangan pejabat. Bukan itu sahaja, kita turut melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangan Ramadan yang dijangka disambut esok. 

“Kami telah bergotong-royong membersihkan dan mencantikkan pemandangan masjid bagi menyambut kedatangan jemaah yang akan mengimarahkan bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhamad Khirul Safarudin berkata, pada masa sama pihaknya turut bersedia menerima jemaah sama ada  dari dalam atau luar daerah ini.

Katanya, pelbagai aktiviti akan dilakukan di masjid berkenaan yang akan beroperasi selama 24 jam pada bulan Ramadan ini.

“Selain solat tarawih, kita merancang untuk menyediakan iftar secara harian, iftar perdana  dan hafazan Al-Quran.

“Bulan Ramadan tahun ini pastinya lebih meriah kerana pada tahun lepas kita tidak dapat mengadakan banyak aktiviti kerana masalah pandemik Covid-19,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya