GUA MUSANG: Suasana tenang di Balai Rakyat Bukit Cekati bertukar riuh dengan laungan ‘hidup Ku Li’ oleh para perwakilan sebaik sahaja penyadang kerusi Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tiba untuk membuang undi pada pemilihan parti itu hari ini.
Tengku Razaleigh atau Ku Li yang diiringi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Syahbuddin Hashim tiba pada pukul 10.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.
Ku Li sempat beramah mesra dan bersalam-salam dengan para perwakilan sebelum membuang undi pada pukul 11.09 pagi.
Pada pemilihan kali ini, Ku Li dicabar Datuk Shaari Lembut dan Che Mohd. Izani Che Musa buat dicabar buat kali kedua sejak memimpin bahagian tersebut selama 64 tahun.
Kali pertama bekas Menteri Kewangan itu dicabar oleh bekas Ketua Pemuda ketika itu, Datuk Bazlan Baharuddin pada pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang 2013.-UTUSAN