LABIS: Sebanyak enam blok kuarters guru dibina bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Labis boleh diibarat sebagai ‘rumah hantu’ apabila bangunan itu terus kosong sejak siap dibina pada tahun 2008. Pembinaan kuarters tersebut pada asalnya untuk menempatkan guru-guru yang mengajar di sekitar Labis namun malangnya selepas siap tidak pernah dihuni. Keadaan bangunan yang terbiar beberapa tahun itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah timbul dakwaan kediaman yang berhadapan dengan Tanah Perkuburan Islam itu ‘dihuni’ makhluk halus. Seorang lelaki mahu dikenali sebagai Rahman, 55, mempersoalkan tindakan membina banyak blok kuarters sedangkan kebanyakan guru yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya