GUA MUSANG: Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Gua Musang selepas menang perebutan jawatan itu pada pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan Ku Li mengekalkan jawatan yang dimenangi lebih enam dekad lalu sekaligus menjadi Ketua UMNO bahagian paling lama berkhidmat di negara ini.
Pada pemilihan itu, Ku Li memperoleh undian sebanyak 453 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Che Mohd. Izani Che Musa (46 undian) dan Datuk Saari Lembut (lima undi).
Mengikut rekod, Ku Li dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan pada tahun 1962 ketika beliau berusia 25 tahun.
Pada pemilihan kali ini, Ku Li dicabar Datuk Shaari Lembut dan Che Mohd. Izani Che Musa buat dicabar buat kali kedua sejak memimpin bahagian tersebut selama 64 tahun.
Kali pertama bekas Menteri Kewangan itu dicabar oleh bekas Ketua Pemuda ketika itu, Datuk Bazlan Baharuddin pada pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang 2013.-UTUSAN