Krisis Myanmar, Malaysia perlu kesepakatan ASEAN 

Krisis Myanmar, Malaysia perlu kesepakatan ASEAN 

MALAYSIA memerlukan bantuan ASEAN dalam menyelesaikan masalah di Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan berhenti mengadakan usaha libat urus bersama rakan-rakan ASEAN dalam menangani isu yang berlaku di Myanmar menyaksikan kerajaannya yang dipilih melalui proses undi demokrasi telah diguling oleh junta tentera. 

Isu yang berlaku adalah permasalahan serantau yang boleh menggugat keselamatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran ASEAN.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penyelesaian itu bagaimanapun memerlukan kesepakatan ASEAN bagi mengelak ia digunakan pihak luar untuk campur tangan dan menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara. 

“Isu Myanmar bukan boleh ditangani oleh Malaysia semata-mata, ia memerlukan kesepakaatan ASEAN.

“Pemusatan ASEAN adalah sangat mustahak. Kita faham isu yang dihadapi  sangat rumit dan ideanya akan memungkinkan ada kuasa lain masuk nanti untuk campur tangan.

“Ia akan mewujudkan suasana flashpoint (pertembungan) di kawasan itu dan menjadikan rantau Asia Tenggara tidak aman.

“Oleh itu, Malaysia akan meneruskan usaha kita sehinggalah satu penyelesaian yang muktamad dapat dilaksana, termasuk membabitkan usaha secara inklusif membabitkan semua pihak yang berada di sana dan pihak yang menentang kerajaan di Myanmar,” katanya semasa Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang bertanya sama ada Malaysia boleh mengetuai usaha menyelesaikan krisis di negara itu susulan kudeta tentera pada 1 Februari 2021.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya