KPM hasilkan 70 peratus buku teks digital

KPM hasilkan 70 peratus buku teks digital

PKHARUDDIN Ghazali (tengah) menyertai senamrobik bersama pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menghasilkan 70 peratus buku teks digital untuk kegunaan murid dan pelajar sekolah di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan, penggunaan buku teks digital telah dimasukkan ke platform kelima pembelajaran dalam talian.

Menurutnya, bagaimanapun KPM masih berusaha memastikan peranti-peranti mencukupi dibekalkan ke sekolah-sekolah bagi membolehkan penggunaan buku teks digital diperluaskan ke seluruh negara.

“Untuk makluman, sebanyak 50,000 komputer riba telah diluluskan untuk diagihkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Perolehan itu akan dibuat mengikut formula yang sedang diperkemaskan supaya semua sekolah mendapat bekalan komputer riba untuk digunakan bagi tujuan pengajaran khususnya dalam penggunaan buku teks digital serta lain-lain bahan.

“Sekiranya berjalan lancar perkara ini akan diselesaikan dalam tahun semasa dan kita harap pada masa akan datang jika ditambah, kita akan agih mengikut kesesuaian keperluan sekolah-sekolah,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Chung Hwa, di sini hari ini.

Pkharuddin memberitahu, KPM sedang bergerak ke arah melaksanakan Dasar Pendidikan Digital dan perkara tersebut dalam proses untuk dibawa kepada jemaah menteri.

Katanya, kelulusan dasar tersebut akan membawa negara ke arah pendidikan bersifat digital membolehkan golongan pelajar mendapat sumber pembelajaran lebih menarik dan memberi impak besar terhadap kefahaman mereka.

“Bahan-bahan pengajaran digital seperti video sebenarnya telah tersedia dan boleh dimuat turun dari platform kelima ke komputer riba yang dibekalkan ke sekolah-sekolah seluruh negara,” ujarnya.

Dalam pada perkembangan lain, Pkharuddin memaklumkan sebanyak 10,233 buah sekolah dibuka di seluruh negara pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan murid seramai 5,047,489 orang dan seramai 412,204 orang guru.

“Bagi sekolah-sekolah kategori A melibatkan empat negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah, sebanyak 3,044 buah sekolah dibuka dengan bilangan guru seramai 128,829 orang dan seramai 1,531,262 orang pelajar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya