KPM akan terus ke akar umbi jumpa pelbagai segmen komuniti pendidikan - Utusan Malaysia

KPM akan terus ke akar umbi jumpa pelbagai segmen komuniti pendidikan

FADHLINA Sidek sewaktu berucap pada program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mengadakan program di peringkat akar umbi dalam usaha merapatkan hubungan kementerian dengan bertemu pelbagai segmen komuniti pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seperti penganjuran program Jerayawara Pendidikan Madani yang julung kali diadakan, ia jelas dapat mendekatkan lagi warga kementerian bersama-sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta guru-guru.

“Konsepnya ringkas dan santai sahaja, berkenalan dan beramah mesra. Kami mulakan di Negeri Sembilan dan seperti hari ini pengisiannya berkait dengan Ramadan, apa yang penting kami mahu merapat dengan warga kementerian, semua pimpinan hadir dari semua agensi.

“Di setiap jelajah program ini pasti kami akan mengambil isu-isu yang dihadapi guru-guru, tetapi ia bukanlah seperti menjadi sesi townhall yang serius. Ia hanya majlis sembang dan makan-makan sambil dapat memperoleh pelbagai maklum balas guru, pegawai di JPN dan PPD” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

FADHLINA Sidek beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang menerima sumbangan pada program Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Pada majlis tersebut beliau turut menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Bank Islam dan Yayasan Didik Negara selain menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim terdiri daripada murid-murid sekolah sekitar daerah ini.

Fadhlina memberitahu, selepas ini program jerayawara itu akan diteruskan di negeri Selangor dan diikuti di negeri-negeri lain selepas perayaan Aidilfitri nanti.

Beliau sementara itu berkata, selepas dua minggu sesi persekolahan 2023/2024 berjalan, maklum balas yang diterima daripada warga pendidik sangat baik terutamanya berkenaan arahan tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama yang lalu.

“Alhamdulillah semua gembira, minggu pertama memang menjadi, semua sangat gembira dan menceriakan jadi kami lihat semua sekolah dapat impak yang cukup berkesan daripada hala tuju yang ditetapkan di mana minggu pertama tidak ada sesi akademik dan menjadi sesi suai kenal, ia berjaya,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya