KPDN pohon insentif kerajaan bantu pengusaha, peniaga Menu Rahmah

KPDN pohon insentif kerajaan bantu pengusaha, peniaga Menu Rahmah

SALAHDUDDIN Ayub (tengah) menyerahkan gegantung kepada wakil Restoran Pondok Kebaboom Pasir Tumboh yang menjayakan Menu Rahmah di selepas merasmikan Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Kelantan di Pasir Tumboh, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memohon insentif daripada kerajaan untuk membantu pengusaha dan peniaga makanan yang menjayakan Menu Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, walaupun ia bersifat penyertaan sukarela namun KPDN akan memanjangkan perkara tersebut kepada Menteri Ekonomi.

“Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, satu bajet berjumlah RM720 juta telah diberikan kepada Menteri Ekonomi dalam pelbagai inisiatif untuk membantu B40 dan mereka memerlukan.

“Melalui peruntukan itu kita akan mohon insentif atau apa-apa panduan khusus kepada pemain industri untuk mendapatkan bimbingan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Kelantan di Restoran Al Khalish, Pasir Tumboh di sini hari ini.

Salahuddin memberitahu, sebanyak 1,142 premis makanan di seluruh negara menawarkan Menu Rahmah.

Katanya, di negeri ini sebanyak 61 premis sudah menjayakan program tersebut dan jumlah itu dijangka akan terus bertambah.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, set Menu Rahmah di negeri ini tetap releven walaupun ada peniaga yang menjual makanan bawah RM5.

Katanya, set itu memberi nilai tambah kepada penduduk di negeri ini untuk membuat pilihan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya