Korban pertama banjir Johor, lelaki lemas kereta dinaiki dihanyutkan arus - Utusan Malaysia

Korban pertama banjir Johor, lelaki lemas kereta dinaiki dihanyutkan arus

ANGGOTA polis membawa mayat K. Sarathkumar yang ditemukan lemas di dalam kereta yang dihanyutkan arus deras di Jalan GSA Chamek di Paloh, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di negeri ini apabila kereta dinaiki air dihanyutkan arus deras di Jalan GSA Chamek, Paloh, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pukul 7.20 pagi itu mengorbankan K. Sarathkumar, 20-an semasa dia sedang memandu seorang diri semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

“Usaha mengesan mangsa terus dilakukan dan pada pukul 12.20 tengah hari, sebuah kereta jenis Toyota Avanza telah ditemukan dengan keadaan ditenggelami banjir.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai seorang lelaki dan didapati telah meninggal dunia.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya