Kilang sarung tangan getah musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Kilang sarung tangan getah musnah dalam kebakaran

KEJADIAN kebakaran melibatkan sebuah kilang pengeluaran sarung tangan getah musnah dalam kejadian kebakaran di Lukut, Port Dickson, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebuah kilang pengeluaran sarung tangan dekat Bandar Springhill, Lukut dekat sini musnah dalam kejadian kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba Port Dickson, Mohd. Asree Abd. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.18 petang dan apabila anggota bomba tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan bangunan pemprosesan pengeluaran berkeluasan 100×100 kaki persegi.

“Bangunan tersebut terbakar sebanyak 60 peratus. Kami berjaya memadamkan kebakaran tersebut dalam tempoh 20 minit dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.22 petang dengan turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Seremban, Seremban 2 dan Rantau.

“Kerja-kerja overhaul telah dilakukan bagi memastikan tiada punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku semula.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya