Ketua Cawangan UMNO Kubang Batang menang jawatan Ketua Bahagian Tumpat

Ketua Cawangan UMNO Kubang Batang menang jawatan Ketua Bahagian Tumpat

AHMAD Rosdi Mahamad.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Ketua Cawangan UMNO Kubang Batang, Wakaf Baharu Datuk Ahmad Rosdi Mahmad melakar kejutan apabila dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Tumpat pada pemilihan parti yang berlansung hari ini.

Ahmad Rosdi yang meraih 422 undi berjaya menewaskan penyandang jawatan tersebut sebelum ini Datuk Zulkifli Abdullah (381) dan seorang lagi calon Wan Mohd. Sanusi Wan Yunus (184).

Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahmad Rosdi menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah memberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Tumpat.

Menurutnya, dia nekad menyuntik ‘aura’ dan nafas baharu dalam mengembalikan semula sokongan rakyat Tumpat terhadap parti itu.

“Saya akan mengalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi memastikan UMNO kekal menjadi pilihan dalam kalangan rakyat di jajahan ini.

“Pemilihan kali ini sangat sengit kerana berdepan tiga penjuru termasuklah dari penyandang jawatan tersebut. Alhamdulillah, kemenangan berpihak pada saya.” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Untuk penggal kali ini Ahmad Rosdi akan membentuk gandingan bersama Wan Hanapi Wan Yaakob (Timbalan Ketua Bahagian) dan Abdul Mannan Md. Said (Naib).

Perjalanan politik Ahmad Rosdi dalam UMNO bermula pada tahun 1995 apabila dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas sebelum naik pangkat  kepada ketua pada 1998.

Jawatan terakhir beliau di Bahagian Pasir Mas sebelum berhijrah ke Tumpat ialah Ketua Penerangan UMNO pada tahun 2008.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya