Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 194.4 peratus - Utusan Malaysia

Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat 194.4 peratus

SEMBURAN kabus fogging dilakukan di sebuah taman perumahan di Port Dickson yang bertujuan bagi mengawal penyakit denggi daripada merebak.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kes denggi di Negeri Sembilan meningkat dengan lonjakan 580 kes denggi iaitu peningkatan sebanyak 194.4 peratus bagi tempoh bulan Januari hingga 4 Mac lepas berbanding 197 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan berkata, Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 470 kes diikuti daerah Jempol (45), Port Dickson dan Tampin masing-masing 19 kes, Jelebu (15), Rembau (7) dan Kuala Pilah (5).

Bagaimanapun menurut beliau, daripada segi lonjakan peratusan kes denggi, daerah Tampin mencatatkan lonjakan kes sebanyak 533.3 peratus berdasarkan 19 kes yang direkodkan berbanding hanya tiga kes pada tahun lalu.

Ia diikuti Jempol (350 peratus) berdasarkan 45 kes berbanding 10 kes pada tahun lalu dan daerah ketiga iaitu Seremban (195.6 peratus) berdasarkan 470 kes berbanding 159 kes pada tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 88 kes direkodkan di seluruh negeri untuk minggu kesembilan iaitu dari 26 Februai hingga 4 Mac.

“Tiada kes kematian dilaporkan pada minggu semasa, menjadikan kumulatif kematian akibat denggi sebanyak satu kes. Jumlah lokaliti wabak yang masih aktif pula adalah sebanyak 15 lokaliti iaitu 13 di Seremban dan dua di Jempol,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya