Kementerian Pertahanan pastikan LCS siap tahun depan

Kementerian Pertahanan pastikan LCS siap tahun depan

ADLY Zahari (dua kiri) bersalam dengan veteran tentera semasa Lawatan Jelajah Program Peduli Veteran (PPV) di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan akan memastikan proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dapat disiapkan pada tahun hadapan sebagaimana yang telah dijadualkan.

Timbalannya Adly Zahari berkata, proses pembinaan LCS itu akan dilakukan mengikut dijadual memandangkan ia aset pertahanan negara di masa depan.

“Kita (Kementerian Pertahanan) akan meneruskan LCS dan sekiranya ada isu-isu yang berbangkit, pihak berwajib harus mengambil tanggungjawab masing-masing.

“Sepertimana yg kita jangka, tahun depan kita cuba untuk siapkan sebelum ia melalui proses penilaian seperti  haba asesmen dan juga beberapa esesment lain dalam tempoh dua tahun,”katanya kepada pemberita selepas Jelajah Program Peduli Veteran ATM di Kampung Pulau Panjang di sini hari ini.

Isu projek LCS yang lewat disiapkan pernah dijadikan teguran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan menyaran enam syor tindakan untuk dilaksanakan kerajaan selepas mendedahkan tiada satu pun LCS disiapkan walaupun kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion secara kontrak rundingan terus.

Aset itu dirancang bersama Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Media sebelum ini melaporkan, perolehan kumpulan pertama LCS dikurangkan daripada enam kepada lima buah selepas proses permohonan semula dilakukan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub berkata, keputusan itu dibuat ketika kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan LCS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya