Kemajuan ECRL di Kelantan capai 51.94 peratus

Kemajuan ERCL di Kelantan capai 51.94 peratus

AHMAD Yakob (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim semasa program MRL Santuni Warga Emas dan Anak-Anak Yatim Sempena Ramadan di Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja pembinaan projek Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini sudah mencapai kemajuan sebanyak 51.94 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, ia melibatkan kerja-kerja pemasangan rasuk jejambat, penambakan tanah, rawatan tanah dan penanaman cerucuk.

“Kerja-kerja pemasangan rusuk jejambat yang telah bermula dari jambatan di Jerus, Pasir Puteh dan kini menghampiri kawasan Padang Raja, Melor. Bagi kerja-kerja penambakan tanah yang meliputi 16 daripada 19 lokasi keseluruhan di negeri ini telah pun bermula manakala. 

“Selain itu, kerja-kerja rawatan tanah dan penanaman cerucuk bagi Stesen ECRL Kota Bharu (Tunjong) serta kerja-kerja rawatan tanah untuk Stesen ECRL Pasir Puteh (Kampung Jeram) juga sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita semasa program MRL Santuni Warga Emas dan Anak-Anak Yatim sempena Ramadan di sini semalam yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Darwis memberitahu, berdasarkan kemajuan kerja tersebut, pembinaan projek ECRL di negeri Kelantan yang meliputi jajaran sepanjang 43.86 kilometer dijangka siap menjelang akhir tahun 2026.

Dalam perkembangan lain, Darwis berkata, pembinaan projek laluan ECRL melibatkan empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai kemajuan sebanyak 40.81 peratus.

Projek ECRL bakal beroperasi pada bulan Januari 2027 melibatkan jarak jajaran 665 kilometer (km) mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

Manfaat itu boleh dilihat menerusi penyediaan 20 buah stesen yang menghubungkan bandar raya, bandar-bandar, taman-taman perindustrian dengan rel berkelajuan 160 km sejam.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya