Kelantan mungkin bubar DUN pertengahan Jun ini-Speaker

Kelantan mungkin bubar DUN pertengahan Jun ini-Speaker

ABDULLAH Ya'kub (dua kanan) semasa merasmikan Festival Beliawanis Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan berkemungkinan akan dibubarkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Speaker Datuk Abdullah Ya’kub berkata, proses tersebut bersesuaian kerana tempoh penggal DUN negeri ini akan tamat pertengahan Jun nanti.

“Pada bulan Jun nanti, mungkin kita akan bubar DUN dan 60 hari selepas itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menentukan tarikh paling sesuai pada hemat mereka untuk diadakan PRN.

“Insya-Allah pada 20 Mac nanti DUN Kelantan akan bersidang selama dua hari dan saya kira ia akan menjadi sidang terakhir sebelum pembubarannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Festival Beliawanis Kelantan bersempena Karnival Gegey Gegok Anok Mudo Kelate di Stadium Sultan Muhammad IV, di petang tadi.

Abdullah memberitahu, setakat ini kesemua enam negeri yang akan mengadakan PRN hampir bersetuju agar PRN diadakan serentak selepas Jun.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai pertuduhan dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdullah berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksaan pihak mahkamah untuk menentukannya.

Katanya, beliau berharap semua penyokong PN kekal bertenang dan menerima hakikat yang berlaku dalam situasi semasa pada masa ini.

“Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak diputuskan dia bersalah. Jadi kita kena terima hakikat.

“Jika dibandingkan dengan mereka yang telah disabitkan dengan kes masing-masing terdapat perbezaan sangat jauh dengan apa yang dihadapi oleh (Tan Sri) Muhyiddin ketika ini. Hatta wang masuk ke akaun peribadi dan akaun organisasi sudah menunjukkan perbezaan ketara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya