Kelantan FC bangkit ikat KL City 2-2

Kelantan FC bangkit ikat KL City 2-2

MIGUEL Cifuantes (kiri) berusaha merampas bola dari kaki pemain KL City pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi meraih kemenangan, skuad Choi Moon-sik bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal KL City pada minit ke-11 menerusi Tchetche Kipre yang bijak menghukum kealpaan barisan pertahanan The Red Warriors (TRW).

Minit ke-34, KL City terus unggul di hadapan apabila menambah jaringan kedua menerusi rembatan deras Delcan Lambert yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang TRW Nik Mohd. Amin Nik Ahmad untuk memberi tekanan kepada tuan rumah.

Tersentak dengan dua jaringan awal pelawat, Kelantan FC kembali memperkemaskan corak permainan dengan melancarkan serangan ke kubu KL City bagi merapatkan jurang gol.

Tuah menjadi milik TRW apabila pemain KL City Kenny Palraj tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-41 sekaligus merapatkan jurang jaringan menjadi 1-2.

 

SEBAHAGIAN penyokong Kelantan FC yang hadir untuk menyaksikan perlawanan Liga Super menentang KL City di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Perlawanan kembali seimbang selepas itu, apabila rembatan kencang pemain gantian, Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman yang menerima hantaran lintang Mohamad Ikhwan Yazek gagal diselamatkan oleh Muhammad Azri Abdul Ghani di gawang gol KL City untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2 pada masa kecederaan.

Bersambung babak kedua, barisan anak buah Moon-sik dan Bojan Hodak memperagakan aksi berbalas-balas serangan untuk mencari kemenangan pada perlawanan tersebut.

Kelantan FC kemudiannya, terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Mohamad Ikhwan terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan tanpa boleh diganti berikutan pasukan tuan rumah telah membuat lima pertukaran sebelum itu.

Usaha kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan selepas itu menemui jalan buntu, apabila jentera serangan gagal menterjemahkan peluang terhidang dalam bentuk jaringan.

Keputusan 2-2 sehingga tamat perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar meraih satu mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya