Kekalahan 4-0 UMNO Maran pada PRU15 perlu diinsafi - Khadri - Utusan Malaysia

Kekalahan 4-0 UMNO Maran pada PRU15 perlu diinsafi – Khadri

KHADRI MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: UMNO Bahagian Maran tidak boleh tersalah langkah lagi selepas parti itu kalah teruk 4-0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Calon Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Khadri Musa berkata, kekalahan di luar jangkaan itu perlu diinsafi dengan segera membetulkan kelemahan yang berlaku.

“PRU15 lalu, UMNO Maran kalah 4-0. Ia pertama kali dalam sejarah berlalu.

“Ia keputusan yang sepatutnya kita sebagai ahli UMNO Bahagian Maran insafi dan menyedarinya.

“UMNO Maran perlu melakukan perubahan dan penambahbaikan serta pembetulan untuk parti keramat kesayangan ini. Kita tidak boleh tersalah langkah lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khadri berkata, keputusan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran demi memulihkan kembali parti ini setelah episod duka dan memeritkan pada PRU15 lalu.

“Kita tentunya tidak mahu lagi apa yang berlaku pada PRU15 itu berulang pada PRU16 akan datang.

“Jadi, setiap kepimpinan dan ahli UMNO semua peringkat perlu bekerja dalam satu kumpulan demi memulihkan kembali sokongan rakyat terhadap UMNO Maran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya