Kecewa beli nasi kerabu basi, berlendir - Utusan Malaysia

Kecewa beli nasi kerabu basi, berlendir

Basi
NASI kerabu yang dibeli keluarga itu di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Keterujaan tiga beranak menikmati juadah berbuka puasa terbantut apabila nasi kerabu yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di daerah ini didakwa basi dan berlendir semalam.

Lebih malang, ia merupakan kali pertama keluarga itu membeli makanan kegemaran mereka di bazar.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Rosnah, 40-an berkata, tiga nasi kerabu berharga RM8 sebungkus itu dibeli anak perempuannya, kira-kira pukul 6.15 petang.

Dakwanya, dia bersama suami dan anaknya itu terkejut mendapati juadah berkenaan berlendir dan masam.

“Sewaktu membuka bungkusan nasi itu, kami memang tidak sedap hati kerana terhidu bau kurang menyenangkan. Selepas menjamahnya, nasi itu nyata sudah lembik manakala kelapanya basah dan berasa masam,” katanya hari ini.

Tambah Rosnah, dia kebiaasannya hanya memasak di rumah namun agak sibuk mengemas kerana mahu berpindah.

“Justeru, kami pergilah membeli makanan di bazar Ramadan, namun tidak sangka perkara itu berlaku. Mungkin ia bukan rezeki kami dan berharap peniaga lebih bertanggungjawab dalam memastikan makanan dijual berkualiti dan tidak tercemar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya