Jumlah mangsa terus bertambah, 37,322 di 238 PPS - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa terus bertambah, 37,322 di 238 PPS

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di 238 PPS seluruh Johor seramai 37,322 orang setakat pukul 8 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat dengan seramai 37,322 mangsa daripada 10,793 keluarga kini ditempatkan di 238 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Situasi dilihat semakin membimbangkan apabila mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan berbanding 34,849 mangsa di 225 PPS pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, sembilan daerah di negeri ini terjejas akibat banjir disebabkan hujan berterusan yang memasuki hari keempat dan daerah Segamat paling terjejas dengan seramai 13,358 mangsa.

“Ini diikuti daerah Batu Pahat dengan 7,368 mangsa, Kluang (5,288), Muar (3,330), Kota Tinggi (3,292), Tangkak (2,661), Mersing (964), Johor Bahru (699) dan Pontian (362).

“Sementara itu, PPS yang dibuka di Kulai sebelum ini telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan sebahagian besar negeri ini berada di bawah amaran hujan berterusan, manakala Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian pula menunjukkan amaran waspada.

Sementara itu, sebanyak 16 sungai turut diletakkan bawah kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Gemas, Sungai Muar, Sungai Tangkak, Sungai Kesang, Sungai Bekok, Sungai Kahang dan Sungai Johor.

Sebanyalk 40 laluan ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Felda Kemelah, Jalan Felda Pemanis, Jalan Johor Bahru-Endau, Jalan Masai Lama,  Felda Medoi, Jalan Johor Bahru-Seremban, Jalan Senai-Gemas dan Jalan Muar-Tangkak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya