Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah, 41,543 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah, 41,543 orang

BALAI Polis Panchor, Muar yang ditenggelami air banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus bertambah menjadi 41,543 orang melibatkan 11,818 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, hampir 30,000 mangsa adalah dari Batu Pahat, daerah yang paling terjejas ketika ini.

Menurutnya, jumlah itu meningkat berbanding 40,078 mangsa daripada 11,451 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di 198 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas akibat banjir dengan seramai 29,341 mangsa daripada 8,278 keluarga dipindahkan ke 94 PPS.

“Turut terjejas ialah Muar dengan seramai 4,123 mangsa, diikuti Tangkak (2,536), Segamat (1,924),  Kluang (1,313), Mersing (1,162) dan Kota Tinggi (1,070) dan Pontian (74),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberitahu, jumlah korban banjir di negeri ini meningkat kepada enam mangsa direkodkan sejak bencana banjir melanda seminggu lalu,  melibatkan tiga kes di Segamat dan masing-masing satu kes di Kluang, Mersing dan Batu Pahat.

“Seorang mangsa dipercayai maut selepas kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras, empat yang lain dilaporkan mati lemas dan seorang lagi meninggal dunia akibat sakit tua,” katanya. 

Sebanyak 11 sungai di Segamat, Muar dan Batu Pahat berada dalam kategori paras air berbahaya, antaranya Sungai Muar, Sungai Bekok, Sungai Sembrong dan Sungai Simpang Kiri.

Sebanyak 36 laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Johor Bahru-Seremban, Jalan Paloh, Jalan Yong Peng-Muar, Jalan Sri Bengkal dan Jalan Sri Medan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya