Jumlah mangsa bah Johor semakin berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa bah Johor semakin berkurangan

BANJIR termenung terus menghantui penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan menjadi 26,381 orang daripada 7,404 keluarga yang ditempatkan di 93 pusat pemindahan sementara (PPS),  setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 28,008 penduduk daripada 7,938 keluarga yang direkodkan pada 8 malam tadi.

“Keadaan banjir menunjukkan perubahan positif setelah Batu Pahat yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi mula menurun daripada 27,964 mangsa kepada 26,337 orang.

“Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Segamat tidak menunjukkan perubahan apabila kekal  44 orang daripada 14 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, perkembangan positif itu turut menyaksikan sungai yang berada di paras bahaya sebelum ini sudah berada pada paras normal.

Lima jalan di daerah Batu Pahat masih belum boleh dilalui oleh kenderaan ringan, iaitu Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung, Jalan Parit Jambi, Jalan Sri Bengkal, Jalan Haji Arif dan Parit Warijo.

Jalan yang sebelum ini hanya dibuka untuk kenderaan berat telah dibuka kepada semua kenderaan, antaranya Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Jalil, Jalan Bindu, Jalan Panchor dan Jalan Parit Karjo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN