JOHOR BAHRU: Johor berhasrat membuka pusat pemprosesan visa pengembara dari China bagi memudahkan urusan mereka, sekali gus meningkatkan kemasukan pelancong dari negara berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, pihaknya menyuarakan perkara itu kepada kerajaan Persekutuan. “Kami sedang berbincang dengan Kedutaan China untuk membuka sebuah pusat pemprosesan visa di sini bagi memudahkan orang ramai melakukan perjalanan antara Johor dan China. “Kami juga membuat permintaan ke peringkat Persekutuan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa negeri,” katanya ketika mengalu-alukan kedatangan 100 pelancong dari Guangzhou…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya