[DUN] Johor alami kepadatan pelajar, 22 kelas tingkatan 1 - Utusan Malaysia

[DUN] Johor alami kepadatan pelajar, 22 kelas tingkatan 1

NORLIZA NOH ditemui selepas menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Beberapa sekolah di negeri ini mengalami kepadatan pelajar yang tinggi, khususnya melibatkan kawasan bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh berkata, antara kawasan terbabit adalah Johor Bahru, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Skudai.

“Sebagai contoh, semasa pendaftaran kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkar Pulai, terdapat sehingga 22 buah kelas untuk pelajar tingkatan satu.

“Jadi isu ini kritikal sangat, kita sendiri rasa kesian kerana berasa tidak selesa apabila berada di dalam kelas tersebut, apatah lagi anak-anak yang perlu mengikuti sesi pembelajaran selama setengah hari.

“Namun, isu ini dalam makluman kita dan kerajaan negeri komited untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk selesaikan perkara ini,” katanya ditemui semasa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Norliza menegaskan, jumlah pelajar bersesuaian dalam sesebuah kelas adalah seramai 30 orang.

“Sehubungan itu, guru-guru di sekolah yang mengalami masalah tersebut perlu memainkan peranan lebih untuk meningkatkan fokus pelajar terlibat dalam tempoh pengajaran di dalam kelas.

“Ini kerana kita bimbang proses pembelajaran mereka akan terjejas ekoran tidak berasa selesa ketika berada di dalam kelas,” katanya.

Antara penyelesaian yang dirancang termasuk penambahan bangunan baharu atau pembinaan sekolah baharu di kawasan-kawasan bersesuaian.

“Untuk mewujudkan sekolah baharu, banyak perkara perlu dilihat termasuk kawasan yang bersesuaian, perundangan pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi berkaitan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya