KLANG: Jenazah kanak-kanak berusia sembilan tahun yang maut akibat digilis sebuah lori treler dalam kejadian kemalangan pagi kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Gong, malam semalam. Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir dikebumikan selepas menjalani bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Bapanya, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin berkata, jenazah dikebumikan selepas solat isyak kira-kira pukul 9 malam dan disaksikan beberapa ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung yang hadir. “Pihak hospital selesai jalankan bedah siasat ke atas Jannatun Assyifa kira-kira pukul 6 petang semalam (Rabu). Selesai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya