JDT sumbang hasil jualan tiket kepada mangsa banjir - Utusan Malaysia

JDT sumbang hasil jualan tiket kepada mangsa banjir

JDT menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Johor menerusi jualan tiket semua perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim hingga akhir Ramadan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Prihatin dengan nasib yang menimpa puluhan ribu rakyat akibat banjir sejak minggu lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil menghulurkan sumbangan menerusi penjualan tiket perlawanan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards menerusi laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers hari ini.

Menurutnya, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya kesemua jualan tiket perlawanan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor melibatkan semua perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hingga akhir bulan Ramadan ini.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah menitahkan Kelab Bolasepak JDT supaya kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim hingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.

‘Ini melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9  April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April),” katanya.

Setakat pukul 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan trend penurunan, iaitu 45,003 orang membabitkan 12,498 keluarga di 175 pusat pemindahan sementara (PPS).

Alistair berkata, kesemua dana yang dikumpul akan disalurkan kepada mangsa banjir menerusi pejabat daerah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya