Ihya Ramadan: Muip sumbang RM5.2 juta bagi masjid dan surau seluruh Pahang - Utusan Malaysia

Ihya Ramadan: Muip sumbang RM5.2 juta bagi masjid dan surau seluruh Pahang

PENYERAHAN sumbangan berupa penapis udara kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) untuk diagihkan kepada masjid dan surau sekitar Kuantan, di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperuntukkan sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM5.2 juta bagi mengimarahkan kira-kira 1,000 buah masjid dan surau berdaftar seluruh negeri ini sempena bulan Ramadan tahun ini.

Antara masjid yang terlibat termasuk masjid negeri dan institut pendidikan serta agensi, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, sebanyak RM50,000 disumbangkan kepada Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bagi mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan bulan ini.

“Dalam pada itu, sebanyak RM10,000 diberikan kepada setiap 27 buah masjid daerah manakala RM6,000 kepada setiap 557 buah masjid kariah.

“Sebanyak 102 buah surau kebenaran Jumaat masing-masing menerima RM6,000 dan RM2,000 setiap 300 buah surau kariah manakala 100 buah surau agensi serta sekolah menerima RM1,000” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan 35 buah Penapis Udara Dyson daripada sebuah syarikat teknologi kepada Muip di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini hari ini.

Asmadi turut memberitahu, peruntukan yang diberikan Muip hanya bertujuan mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan tanpa membabitkan aktiviti lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya