JEMPOL: Seorang ibu sanggup mengenakan kostum watak kartun Doraemon semata-mata mahu menggembirakan anak sulungnya yang memasuki tahun satu, semalam. Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 32, berkata, selain untuk anaknya, Nur Dhia Imani Norazli, 7, dia juga sememangnya berhasrat menggembirakan kira-kira 200 murid yang menghadiri hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Ilir di sini. Menurutnya yang berasal dari Kampung Serting Ilir, dia tidak kisah memakai kostum itu, malah anaknya juga sebenarnya sudah biasa melihat dirinya dalam keadaan begitu. “Kostum Doraemon ini saya beli sejak lima tahun lalu, sebelum ini ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya