Harap pemilihan lancar, dalam semangat kekeluargaan - Ahmad - Utusan Malaysia

Harap pemilihan lancar, dalam semangat kekeluargaan – Ahmad

AHMAD MASLAN (kiri) berjabat tangan dengan Hasni Mohammad semasa menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO berharap Persidangan Perwakilan Bahagian yang diadakan hari ini berjalan dengan lancar dalam  semangat kekeluargaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mengambil kira perjalanan persidangan sayap-sayap UMNO pada minggu lalu, hanya 20 laporan sahaja diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).

“Pada pagi ini 189  Bahagian  UMNO di seluruh negara sedang melaksanakan proses pengundian bagi semua jawatan sama ada di pusat atau bahagian  yang akan diketahui pada kira-kira pukul 10 malam ini,” katanya ketika ditemui selepas proses pengundian bagi UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Pontian, di sini hari ini.

Seramai 690 orang perwakilan dari 117 cawangan dalam UMNO Bahagian Pontian menghadiri persidangan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian bertanding bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian menentang penyandang, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Ahmad berkata, adat pertandingan akan ada yang menang dan kalah, namun berharap semua dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Yang menang tidak menang semua, begitu juga dengan kalah juga tidak akan dipinggirkan dan boleh diberikan ruang bagi terus berbakti pada ruang lingkup yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya