Guru didakwa cabul murid dalam kelas

Guru didakwa cabul murid dalam kelas

TERTUDUH (tengah) semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini tahun lalu.

Tertuduh, Nik Rosli@Rosli Abdul,56, yang merupakan guru Bahasa Melayu  bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya pada pukul 7.40 pagi hingga 9.40 pagi, minggu ketiga bulan April 2022 di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan tersebut kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.

Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan akan melantik peguam dan memohon jaminan diberikan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya