Guna dron pantau situasi banjir, paras air sungai - Utusan Malaysia

Guna dron pantau situasi banjir, paras air sungai

PEMANDANGAN dari udara yang dirakam pihak polis menggunakan dron di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat yang masih digenangi banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Pasukan polis daerah ini menggunakan dron untuk memantau situasi banjir melibatkan kawasan Segamat dan Labis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, dron tersebut boleh diterbangkan setinggi paras 100 meter dan berupaya mengesan pergerakan aliran air bagi membuat jangkaan serta menilai tahap risiko di kawasan terjejas banjir.

“Teknologi yang dilengkapi kamera berdefinisi tinggi itu juga mampu terbang sejauh enam kilometer (km) untuk merakam setiap pergerakan aliran air dan mengesan sebarang halangan yang dibawa aliran sungai untuk langkah siap siaga.

“Setakat enam hari penggunaan teknologi itu yang bermula pada Isnin lalu, kita sudah memantau enam lokasi yang dilanda banjir, iaitu bandar Segamat, Labis dan Chaah.

“Selain memantau pergerakan aliran air, kaedah ini juga digunakan untuk menyediakan peta jika diperlukan pihak berkaitan. Data yang dikumpul itu nanti akan dianalisis untuk persediaan bagi menghadapi banjir pada masa akan datang,” katanya ditemui di Kampung Seberang Batu Badak, di sini bersama seorang pegawai dan tiga anggota daripada Balai Polis Segamat yang menerbangkan dron jenis DJI Mini 3 PRO.

Ahmad Zamry berkata, hingga kini tiada gelombang kedua dan situasi.banjir di daerah Segamat masih terkawal.

“Sungai Muar di Segamat mengakibatkan berlaku banjir termenung di Kampung Seberang Batu Badak yang terjadi beberapa kali. Sementara itu, di Sungai Segamat yang membabitkan beberapa kampung sekitar Batu Badak mengalami trend air menurun, namun masih dalam paras waspada,”katanya. 

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan peka dengan situasi paras air serta sentiasa merujuk maklumat sahih sebagai langkah berjaga-jaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya