Ganti rugi RM2j: Ahli Parlimen Kepong rayu sumbangan - Utusan Malaysia

Ganti rugi RM2j: Ahli Parlimen Kepong rayu sumbangan

LIM LIP ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lim Lip Eng berisiko diisytihar bankrap dan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat  jika  gagal membayar denda RM2 juta dalam tempoh tujuh hari seperti yang diperintah Mahkamah Tinggi, baru-baru ini. 

Ia susulan keputusan mahkamah yang memutuskan Ahli Parlimen Kepong itu bersalah kerana  memfitnah dan mencemarkan nama baik syarikat e-dagang, MonSpace (M) Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Datuk Seri Jessy Lai, enam tahun lalu. 

Susulan risiko tersebut,  Lip Eng  melancarkan kempen mengumpul dana untuk membantunya membayar ganti rugi RM2 juta kepada syarikat itu.

Ahli Parlimen Kepong itu berjanji jika beliau berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan perintah ganti rugi tersebut, dana yang dikumpul tersebut akan disalurkankepada badan kebajikan dan institusi pendidikan yang memerlukan bantuan. 

“Oleh itu, saya dengan rendah hati menyeru rakyat Malaysia untuk berdiri dengan adil dan membantu saya mengumpul dana ini. 

“Pendirian saya jelas dari awal, saya tidak akan berputus asa dan akan terus berjuang untuk tujuan yang baik,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

SUKARELA

Lip Eng berkata, beliau telah memberi banyak bantuan secara sukarela kepada ramai mangsa yang terjebak dengan skim tipu pelaburan dan dirinya terlibat dalam kes saman fitnah dengan Monspace dan Jessy Lai selepas membantu sekumpulan individu yang memohon bantuannya pada 2016.

“Saya melakukan perkara yang saya percaya benar pada 2016, saya bercakap untuk sekumpulan individu yang meminta bantuan daripada saya, malangnya, penghakiman telah dibuat terhadap saya kerana berbuat demikian. 

“Saya mendapati memperjuang keadilan tidak pernah mudah dan selalunya (implikasi) melibatkan diri sendiri. Cabaran ini adalah perjuangan yang sukar, tetapi ia sentiasa berbaloi,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi RM2 juta kepada MonSpace dan pengasasnya kerana memfitnah. 

Hakim Datuk Akhtar Tahir turut memerintahkan Lip Eng yang juga defendan tunggal membuat permohonan maaf dalam masa tujuh hari selepas kenyataan maaf itu dimuktamadkan.

Semalam, Lip Eng memberitahu Utusan Malaysia telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar ganti rugi  RM2 juta itu. 

Tidak seperti kes jenayah, beliau perlu membayar ganti rugi itu sebelum keputusan rayuannya diumumkan dalam saman fitnah sivil. 

Pada 24 Mei 2017, Lip Eng membawa sekumpulan individu yang dikatakan pelabur MonSpace ke pejabat Jessy  Lain di Bukit Jalil tetapi keadaan itu  menjadi `panas’ ketika mereka berhadapan dengan pekerja Jessy Lai dan Monspace.

Jessy Lai dan MonSpace kemudian memfailkan saman terhadap Lim pada Jun 2019, kerana mendakwa beliau telah mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa syarikat itu  menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya