Gajah liar sesat diberi nama Pandan dihantar ke Tasik Kenyir - Utusan Malaysia

Gajah liar sesat diberi nama Pandan dihantar ke Tasik Kenyir

UNIT Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengadakan operasi memindahkan seekor gajah liar yang sesat di hutan berhampiran Taman Pandan Damai di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seekor gajah liar yang dianggarkan berusia 40 tahun dan dipercayai tersesat di hutan berhampiran Taman Pandan Damai di sini sejak petang Isnin lalu berjaya ditangkap dan dihantar perkampungan Konservasi Gajah Kenyir di Tasik Kenyir, Terengganu.

Gajah jantan diberi nama Pandan itu ditangkap 13 kakitangan Unit Tangkapan Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) dibantu lapan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

Dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai digunakan dalam usaha menjinakkan gajah liar terbabit untuk melancarkan proses pemindahan.

Menurut jurucakap Perhilitan Pahang, operasi memindahkan gajah itu dari kawasan hutan ke lori jabatan terbabit sekitar pukul 2 petang dan selesai sepenuhnya pukul 6.30 petang semalam.

“Kita menghantar gajah terbabit ke Terengganu malam tadi kerana sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP), kenderaan membawa haiwan seperti gajah liar hanya boleh bergerak pada waktu malam.

“Kami mendapat kerjasama baik daripada semua agensi berkaitan seperti polis, bomba, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan pemimpin masyarakat setempat sepanjang operasi,” katanya.

Gajah jantan yang memiliki sepasang gading itu dipercayai tersesat dari Bukit Goh dan menjadikan Hutan Simpan Cerul, sebagai kawasan habitat semulajadi malah turut difahamkan haiwan itu menyusur sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), sebelum tiba di perumahan berkenaan.

Terdahulu, dalam kejadian petang Isnin lalu, kira-kira 500 penduduk perumahan Pandan Damai cemas dengan kehadiran gajah liar yang dipercayai tersesat dalam kawasan hutan berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya