KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng untuk membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada syarikat e-dagang, MonSpace (M) Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Datuk Seri Jessy Lai kerana memfitnah mereka, enam tahun lalu. Selain itu, Hakim Datuk Akhtar Tahir turut mengarahkan ahli parti DAP itu untuk membuat permohonan maaf yang akan disiarkan di akhbar dan juga media sosial dalam tempoh tujuh hari selepas kenyataan maaf tersebut dimuktamadkan. Lip Eng yang dinamakan sebagai defendan tunggal turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM250,000. Ketika membaca penghakimannya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya