ECERDC sasar RM9.5 bilion pelaburan komited di Pahang bagi 2023 - Utusan Malaysia

ECERDC sasar RM9.5 bilion pelaburan komited di Pahang bagi 2023

WAN ROSDY Wan Ismail (kanan) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan dan Penyelarasan ECER Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mensasarkan pelaburan komited di negeri ini tahun ini berjumlah RM9.5 bilion, meningkat 40 peratus berbanding RM5.5 bilion tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara pelaburan berpotensi merangkumi sektor pembuatan, perniagaan tani, pelancongan, minyak dan gas serta sektor tenaga boleh diperbaharui.

“Semua (sektor) ini dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dan tidak ketinggalan peluang keusahawanan kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, dalam dua bulan pertama tahun ini, ECERDC sudah mencapai RM2.07 bilion pelaburan komited di Pahang.

“Ini hasil usaha promosi intensif ECERDC dan kerjasama erat dengan kerajaan negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, ECERDC kini dalam usaha ‘Mencipta Destinasi’ bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

“Kita telah diberikan taklimat tentang inisiatif pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) di negara ini. Dengan itu terdapat usaha untuk menaiktaraf Pantai Hiburan di Rompin yang sudah dikenalpasti sebagai lokasi taman RV pertama dalam wilayah ECER,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya