[DUN] RM5.2 juta laksana program Pro-Mahir kurangkan pengangguran - Utusan Malaysia

[DUN] RM5.2 juta laksana program Pro-Mahir kurangkan pengangguran

MOHD. HAIRI MAD SHAH menjawab soalan pada sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta bagi melaksanakan Program Latihan Kemahiran Johor (Pro-Mahir) bagi mengurangkan kadar pengangguran pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, dana itu diperuntukkan kepada Unit Strategik Modal Insan Johor dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran secara percuma.

“Sebanyak 45 kursus telah dijalankan pada tahun lepas dan seramai 1,304 orang telah menerima manfaat daripada program Prp-Mahir ini,” katanya menjawab soalan Amira Aisya Abd. Aziz (Muda-Puteri Wangsa) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin berkata, peserta kursus tersebut turut akan melalui proses penempatan pekerjaan sejurus tamat mengikuti program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ yang berkonsepkan ‘train and place’.

Menurutnya, bagi memperkasakan lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut merangka beberapa program berkaitan.

Antaranya, melibatkan Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantis TVET dan Lepasan Sekolah (Kerjaya TVET) yang menyediakan bayaran insentif RM600 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada majikan yang menggajikan lulusan TVET.

“Bagi menangani isu ketidaksepadanan pekerjaan (mismatch job), Kerjaya TVET akan memberi fokus terhadap Program ‘Train and Place’ (penempatan dan latihan) yang membolehkan majikan menghantar belia, khususnya lulusan TVET yang diambil bekerja untuk menjalani latihan berasaskan kompetensi (competency-based) oleh penyedia latihan yang diiktiraf kerajaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya