[DUN] Projek pakej 2B Lebuh Raya KBKK didenda RM30,000 sehari

[DUN] Projek pakej 2B Lebuh Raya KBKK didenda RM30,000 sehari

AZAMI MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) bagi Pakej 2B sejauh 6.2 kilometer dari Ketereh ke Kok Lanas di sini dikenakan denda sebanyak RM30,000 sehari disebabkan berlakunya kelewatan oleh pihak bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, pakej berkenaan mengalami kelewatan 20 peratus daripada jadual sebenar yang dijangka siap pada September depan.

“Kita diberi taklimat pakej 2B ini melibatkan dua fasa dengan denda yang dikenakan dengan sangat tinggi sehingga RM 30,000 sehari disebabkan kelewatan.

“Bagi fasa satu melibatkan sejauh tiga kilometer akan siap pada Mei ini manakala bakinya akan disiapkan September depan. Bagaimanapun projek ini tetap berjalan dalam tempoh berdenda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN- Kok Lanas) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Azami memberitahu, laluan Kok Lanas- Bukit Tiu yang dijangka siap pada Mac 2026 turut mengalami kelewatan sebanyak 44 peratus.

Katanya, pakej ini di peringkat pembinaan dan kemajuan terkini adalah 6.22 peratus daripada jadual sebenar 10.68 peratus.

“Manakala bagi pakej 3B iaitu dari Kampung Berangan Mek Nab kee Kampung Keruh sedang di peringkat pembinaan mengikut jadual sebenar 7.26 peratus.

“Bagi pakej 3C iaitu dari Kampung Keruh ke Kuala Krai kini sudah mencapai 3.8 peratus daripada jadual sebenar 6.23 peratus dann dijangka siap pada 26 Disember 2025,” katanya.

Azami berkata, Projek Lebuh Raya KBKK yang melibatkan sepanjang 66.88 kilometer dengan kos sebanyak RM2.33 billion.

“Pembinaan projek ini dipecahkan kepada tujuh pakej dan dua daripadanya iaitu pakej 1B (Pasir Hor-Kadok) dan 2A (Kadok- Ketereh) telah siap sepenuhnya dan sudah digunakan oleh orang ramai,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya