[DUN] Penjawat awam di Kelantan dapat bonus raya RM700

[DUN] Penjawat awam di Kelantan dapat bonus raya RM700

AHMAD Yakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengumumkan bonus sebanyak RM700 sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada ucapan penutup penggal kelima, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahmad berkata, bonus pada jumlah yang sama turut diberikan kepada kakitangan awam lantikan politik sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum-sebelum ini.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500.

“Sehubungan itu, tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah membawa setiap permasalahan rakyat di tempat masing-masing ke sidang DUN Kelantan,” katanya.

 Ahmad memberitahu, sudah menjadi tugas dan tanggungjawab ADUN untuk mengemukakan suara rakyat dalam dewan dan kesemua fakta telah mendapat perhatian.

“Kita ucap terima kasih dan memberi penghargaan kepada usaha serta penat lelah setiap ahli-ahli dewan. 

“Semoga semuanya diberikan ganjaran daripada Allah SWT dalam konteks ubudiyyah (sifat manusia sebagai hamba kepada Allah SWT), mas’uliyyah (prinsip berkaitan integriti dan tanggungjawab) dan itqan (prinsip yang menekankan kepada akhlak dan amalan soleh),” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya