DUN Kelantan perlu lebih ramai pembangkang

DUN Kelantan perlu lebih ramai pembangkang

MOHD. Syahbuddin Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Rakyat perlu berani ‘menghantar’ lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual berlangsung bulan Julai ini.

ADUN Galas dari Barisan Nasional (BN) Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Kelantan memerlukan ‘pasukan’ pembangkang yang kuat untuk menjalankan kerja-kerja semak dan imbang secara lebih berkesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, beliau berharap generasi muda dan anak-anak perantau dapat membuat pertimbangan sewajarnya berhubung perkara ini kerana ia melibatkan masa depan negeri.

“Sekiranya rakyat tetap mahu mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini itu hak mereka.

“Bagaimanapun suara daripada wakil rakyat pembangkang perlu ada di DUN Kelantan untuk penggal akan datang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, kehadiran pembangkang yang ramai memboleh sesi perbahasan di DUN Kelantan akan menjadi lebih menarik terutama dalam aspek membela rakyat.

Katanya, beliau percaya lebih banyak pandangan-pandangan bernas dapat dilontarkan kepada kerajaan negeri untuk memastikan suara rakyat dapat didengari dengan baik.

“Jika tiada pembangkang di DUN Kelantan untuk penggal akan datang, saya percaya semak dan imbang pentadbiran negeri tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

“Jadi saya harap, rakyat melihat perkara ini dari sudut positif untuk pembangunan dan kemajuan negeri pada masa hadapan,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selain Galas, BN menang di Nenggiri, Paloh, Kok Lanas, Gua Ipoh, Bukit Bunga dan Kuala Balah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya