[DUN] Kelantan lulus usul Menteri Besar runding isu royalti minyak

[DUN] Kelantan lulus usul Menteri Besar runding isu royalti minyak

Ahmad Yakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan usul supaya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meneruskan rundingan dengan Perdana Menteri bagi mengembalikan hak royalti petroleum kepada rakyat di negeri ini.

Usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tawang Datuk Hassan Mahmood dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.

Dalam ucapannya, Hassan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berhubung isu bayaran tunai petroleum adalah terhad dalam perairan tiga batu nautika sahaja bercanggah dengan keputusan DUN Kelantan.

“Pada 5 November 2015 dewan yang mulia ini (DUN Kelantan) telah menolak untuk meretifikasikan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750)

“Perdana Menteri juga telah menyebut dalam ucapan belanjawan 2023 bahawa sebahagian wang ihsan akan diurus melalui kerajaan persekutuan dan ini menyalahi perjanjian pada 1975 yang telah ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas,” katanya.

Hassan memberitahu, fasal satu perjanjian ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan Kelantan pada 5 Mei 1975 secara jelas menyatakan Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati atau diperoleh di negeri ini.

Katanya, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Timur soalan Lim Kit Siang menjelaskan, mengikut perjanjian itu tiap-tiap negeri akan menerima bayaran lima peratus daripada nilai petroleum dijumpai dan diperoleh di dalam atau di luar kawasan perairan negeri tersebut.

“Pada 16 Jun 2013, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah supaya isu tuntutan royalti petroleum dapat diselesaikan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani.

“Maka kita berharap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku adil selaras semangat federalisme dan teras Malaysia Madani iaitu nilai ihsan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya