Dua wanita Orang Asli naik helikopter ke hospital

Dua wanita Orang Asli naik helikopter ke hospital

DUA wanita Orang Asli menaiki helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dua wanita Orang Asli terpaksa menaiki helikopter dari Pos Pasik di sini untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit pada bahagian payudara di Hospital Gua Musang, semalam.

Kamsiah Ahing, 25, dan Zusana Jamily, 29, dilaporkan mengalami sakit sejak seminggu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, krew penerbangan berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah pada pukul 9.25 pagi dan selamat mendarat mendarat di Pos Pasik 55 minit kemudian.

“Dua pesakit selamat tiba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 11 pagi sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans.

“Pihak kami melaksanakan operasi tersebut  selepas menerima laporan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tentang keadaan dua pesakit itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, pesakit berkenaan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital.

070623-Klt-Asli Helikopter

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya