Dua beradik maut 'melambung' motosikal dirempuh kereta

Dua beradik maut ‘melambung’ motosikal dirempuh kereta

LOKASI kemalangan yang meragut nyawa dua beradik di kilometer (km) 37.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Pasir Puteh, Kelantan di sini hari ini.-UTUSAN/IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Dua beradik maut ‘melambung’ selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer (km) 37.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kedua-dua beradik itu maut dilokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Gong Kulim Ke Telosan. 

“Setiba di lokasi, kereta dipandu wanita berkenaan yang berada di laluan Kota Bharu-Kuala Terengganu telah hilang kawalan. Kereta tersebut kemudian telah memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal jenis Yamaha EGO Solariz dinaiki kedua-dua beradik itu.

“Keadaan itu menyebabkan kereta terbabit merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa sehingga mereka tercampak dan melambung ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan kenyataan sebentar tadi.

Zaizul Rizal memberitahu, mayat mangsa kemudian di hantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan mendapati pemandu kereta terbabit bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik pergigian.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya