Dua beradik maut, dua cedera kemalangan tiga kenderaan di Jerantut - Utusan Malaysia

Dua beradik maut, dua cedera kemalangan tiga kenderaan di Jerantut

KEADAAN hadapan kereta Proton Saga yang terperosok di bawah lori treler mengakibatkan dua maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8, berdekatan Kampung Lata Kasah di Jerantut, Pahang. - FOTO /IHSAN PENGGUNA JALAN RAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Dua beradik maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Benta berdekatan Kampung Lata Kasah di sini hari ini.

Kejadian pukul 1.54 tengah hari itu melibatkan tiga buah kenderaan dan dua orang penumpang, iaitu seorang dewasa dan kanak-kanak mengalami kecederaan parah.

Dalam kemalangan itu, pemandu kereta Proton Saga, berusia 23 tahun maut di tempat kejadian manakala kakaknya berusia 27 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut di sini.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Mazlan Hassan berkata, sepupu kepada pemandu yang maut berusia 23 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan patah kaki, manakala anak kepada wanita yang maut berusia empat tahun sedang dirawat di Hospital Jerantut.

“Hasil siasatan polis, lori treler yang datang dari arah bandar Jerantut menghala ke pekan Damak hilang kawalan semasa tiba di selekoh dalam kejadian ketika hujan lebat.

“Akibat hilang kawalan, lori treler yang dipandu lelaki berusia 54 tahun itu bertembung dengan kereta Proton Saga dipandu mangsa dalam perjalanan ke bandar Jerantut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Mazlan, bahagian belakang lori treler itu. terkena pada sisi kanan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Triton yang berada di hadapan kereta Proton Saga tersebut.

Beliau berkata, kemalangan itu disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya