Dron bantu ATM tahan sembilan PATI Myanmar cuba masuk ke Malaysia

Dron bantu ATM tahan sembilan PATI Myanmar cuba masuk ke Malaysia

PATI warganegara Myanmar yang memasuki negara ini secara tidak sah termasuk tekong ditahan oleh ATM di Kampung Jedok, Tanah Merah, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Penggunaan dron berjaya membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar yang memasuki negara ini secara tidak sah di Kampung Jedok, di sini malam tadi.

Pada masa sama, ATM turut menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 43 tahun yang bertindak sebagai tekong menerusi tinjauan dron di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) kira-kira pukul 9.10 malam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua parti itu ditahan semasa cuba masuk ke negara melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Pasukan operasi telah bertindak atas maklumat menerusi dron yang mengesan kehadiran sebuah kenderaan yang mencurigakan di pinggir Sungai Golok.

“Seterusnya, pasukan telah bertindak menjejaki dan berjaya menahan sebuah kereta Honda Accord berwarna putih di Kampung Jedok, Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Markas 2 Divisyen memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut dinaiki seramai sembilan warganegara Myanmar yang terdiri daripada tiga lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak lelaki berusia antara 6 hingga 26 tahun.

“ATM turut merampas sebuah kereta, tujuh buah telefon bimbit dan sejumlah wang (matawang Malaysia, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Arab), sebilah pedang samurai serta barangan kemas dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM84,774.63.

“Kesemua PATI itu kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga untuk tindakan lanjut. ATM akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya