Diana Danielle berang Farid Kamil cuba peluk

Diana Danielle berang Farid Kamil cuba peluk

diana danielle
DIANA DANIELLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan pelakon, Farid Kamil cuba memeluk isterinya, Diana Danielle selepas tamat prosiding permohonan cerai telah mengundang kemarahan wanita terbabit.

Diana Danielle dilihat cuba mengelak daripada terus disentuh oleh suami yang dikahwini sejak 11 tahun lalu sambil berkata “Apa ni, apa ni!” berulang kali dengan nada yang kuat.

Cubaan itu kemudian dihalang oleh rakan-rakan dan pengawal peribadi Diana Danielle sementara peguam syarie wanita itu, Datuk Akberdin Abdul Kader dilihat cuba menasihati pelakon utama Lagenda Budak Setan itu agar tidak mengganggu anak guamnya.

Farid Kamil kemudian dilihat cuba menyerahkan sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian namun usaha itu juga menemui kegagalan apabila beliau dinasihatkan agar sebarang urusan membabitkan Diana Danielle perlu melalui peguam-peguam yang telah dilantik.

Farid Kamil kemudian dilihat menyerahkan kotak cincin itu kepada peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Diana Danielle hanya bergerak meninggalkan ruang menunggu di luar dewan mahkamah selepas Farid Kamil meninggalkan pekarangan mahkamah.

Beliau pada mulanya enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai prosiding hari ini namun ketika disoal mengenai dakwaan suaminya bahawa pelakon filem Imaginur itu curang, Diana Danielle menjawab: “Fitnah, fitnah.”

ORANG KETIGA

“Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan saya cincin kahwin (sekarang). Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu, dia dah hilangkan selama lapan tahun, baru hari ini dia nak belikan balik cincin perkahwinan kami.

“Kalau (saya) ‘kantoi’, kenapa nak bawa bunga. Dah lapan tahun tunggu cincin tak dapat-dapat, baru hari ini nak bagi,” kata Diana Danielle. 

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader juga ketika ditanya mengenai isu orang ketiga juga menjawab: “Itu hanya alasan.”

Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 di suatu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000.

Pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya