PETALING JAYA: Rata-rata peniaga bersepakat jika bazar Ramadan berkonsep ‘Rahmah’ dilaksanakan sudah pasti akan memberi faedah kepada mereka dan juga pembeli. Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP), Datuk Mohamad Abdullah menyokong inisiatif tersebut jika dilaksanakan di semua bazar seluruh negara. Menurutnya, pelaksanaan bazar tersebut akan lebih mendapat sambutan daripada ramai pengunjung dan dapat meningkatkan pendapatan perniaga di bulan puasa. “Dengan jualan dalam kuantiti yang banyak, ia dapat memberikan keuntungan yang lebih kepada para perniaga,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya