Bandar Kota Tinggi masih digenangi air - Utusan Malaysia

Bandar Kota Tinggi masih digenangi air

PEMANDANGAN situasi banjir di bandar Kota Tinggi dari tingkat 3 Plaza Kota Tinggi yang masih digenangi air susulan limpahan air Sungai Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Bandar Kota Tinggi masih digenangi banjir susulan limpahan dari Sungai Johor yang turut berlaku air pasang besar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati walaupun keadaan cuaca semakin baik tanpa hujan sejak petang semalam, namun banjir tidak banyak berubah dan beberapa batang jalan masih ditutup.

Deretan kedai di Jalan Tun Sri Lanang dan kawasan berhampiran termasuk Plaza Kota Tinggi turut ditutup.

Pengawal Keselamatan Plaza Kota Tinggi, Noor Azly Abdul Aziz berkata, pusat beli-belah itu menutup operasinya sejak semalam susulan banjir yang melanda  namun pihak pengurusan sentiasa memastikan premis berkenaan dalam keadaan baik menerusi pemantauan yang dilakukan.

Dia yang menetap di Taman Kota Jaya bernasib baik baik meskipun terdapat rumah di tamannya yang dinaiki air, namun kediamannya selamat kerana terletak di tempat tinggi. 

“Pada tahun 2007 plaza ini pernah ditenggelami sehingga paras tingkat satu. Pada tahun 2021 juga di sini alami ‘banjir termenung’ ekoran air yang tidak surut sampai empat hari.

“Kali ini pihak plaza berdepan keadaan yang sama, kali ini sudah memasuki hari kedua masih belum surut akibat air pasang limpahan dari Sungai Johor. 

“Tidak dinafikan keadaan ini menyebabkan kerugian kerana peniaga tidak dapat beroperasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya